Wednesday, April 29, 2009

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA ADUN PORT DICKSON

Pada 19 April 2009 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Piala ADUN Port Dickson bertempat di Padang I.P.P Port Dickson. Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai untuk tempat pertama sebanyak RM1,100.00, kedua RM700.00 dan ketiga RM450.00 serta hadiah-hadiah saguhati telah menarik minat penyertaan sebanyak 28 pasukan dari seluruh Negeri Sembilan menyertai kejohanan ini.
Team Sekretariat Pejabat ADUN PD bersama dengan Pengadil kejohanan.

Gambar kenangan YB M. Ravi bersama dengan Team KLIA Park yang telah menjuarai kejohanan ini. Team KLIA Park telah membawa pulang sebuah piala pusingan, wang tunai sebanyak RM1,100.00 beserta medal. Syabas diucapkan..

Tempat kedua kejohanan dimenangi oleh Tean Lukut Indian yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM700.00 serta medal.

Team Apaches dari Lukut memenangi tempat ketiga kejohanan membawa pulang hadiah wang tunai RM450.00.


Wednesday, April 15, 2009

PESTA PONGGAL 2009

Pergerakan Wanita Parti KeADILan Rakyat Port Dickson telah menganjurkan Pesta Ponggal pada 15 Februari 2009 yang lalu di tapak Store berhadapan PD Walk. YB Saudara M. Ravi (ADUN PD) sedang memerhatikan YB Dr. Xavier Jayakumar (EXCO Kerajaan Negeri selangor) dan YB Saudara Arumugam (ADUN Rasah) sedang menyalakan pelita bagi menandakan permulaan sambutan Pesta Ponggal PD 2009. Turut kelihatan ialah YB Saudara Aminuddin (ADUN Sikamat).Pesta Ponggal disambut oleh masyarakat India di negara ini. Pesta ini berasal dari negara India bagi menandakan permulaan pesta menuai mengikut kalendar Tamil. Di Malaysia, pesta ini disambut bukan hanya oleh masyarakat India bahkan turut menarik perhatian kaum-kaum yang lain.
Menarik setiap kali berlangsungnya Pesta Ponggal ialah acara memasak nasi manis di dalam periuk tanah. Sesuai dengan semangat kekitaan yang telah lama wujud dalam keADILan, acara ini telah menarik perhatian ramai khususnya kaum wanita bagi melihat sendiri keunikan serta mesej yang tersemai melalui sambutan perayaan ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Dato' Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Telok Kemang), Haji Ramli (YDP PAS Kawasan Telok Kemang), YB Saudara Ean Yong (ADUN Lukut), YB Saudara Gunasekaran (ADUN Senawang)

Jika Kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini mencanangkan slogan "1 Malaysia", keADILan sudah 10 tahun kehadapan dalam segi semangat pembentukan sebuah negara yang bersatu-padu walaupun mempunyai perbezaan latarbelakang agama.